Wednesday, July 13, 2011

Pengetahuan 1- Spindel Menegak

Hari ni nak tulis pasal James Hargreaves- 1764

Pada abad ke 18, hanya ada 1cara untuk memintal bulu biri2 menjadi benang iaitu dgn roda pintal. Kerjanya begitu membosankan dan boleh menghasilkan hanya satu helai benang pada satu-satu masa.

James Hargreaves, seorang pemintal dan tukang kayu mncari cara untuk menjadikan roda pintal ini lebih efficient.

Dia memikirkan tentang perkara ini pada suatu hari sambil memerhatikan seseorang menggunakan roda pintal ini. Dengan tiba2 roda pintal terjatuh. Ia terbaring di sisi dan rodanya terus berputar, begitu juga spindel atau tangkai di mana benang itu dililitkan. Sepatutnya ia berada dalam posisi mendatar, selari dengan lantai, sekarang spindel itu berada dalam posisi menegak.

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini memberi Hargreaves 1 idea. Jika spindel ini diletakkan pada posisi menegak, lebih daripada 1 boleh digunakan pada satu-satu masa. Beberapa helai benang boleh dipintal pada satu masa yang sama.

Pada tahun 1794, Hargreaves telah membuat mesin yang mempunyai spindel menegak yang boleh memintal lima kali lebih pantas daripada menggunakan tangan. Dia memanggilnya Spinning Jenny sempena nama anaknya, Jenny.

Sebuah roda pintal yang terjatuh telah mendorong Hargreaves dan mengubah kehidupan ramai orang. Dengan benang yang dikeluarkan cara Hargreaves ini, baju lebih mudah dibuat, dan ciptaan Hargreaves ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.


Early Spinning Jenny


Spinning Jenny- dalam industri textile hari ini

More info : Spinning Jenny

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...