Novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid ini dihadiahkan kepada saya oleh 1 of my friend..
Di bawah sinopsis nya..
Atas Nama Cinta.. Mahligai impian itu dibina. Vila Sunyi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dasyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu...vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.
Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat orang Asli percaya 'sesuatu' yang berada di situ sedang 'tidur'. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia 'terbangun', maka pembunuhan pasti terjadi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam2 berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah 'membangunkan sesuatu' di dalam vila berkenaan.
Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali.
"Ungu Karmila menjurus kepada kelainan dari aspek pengolahan dan fakta berkenaan dengan hantu. Selain pergolakan jenayah, ia lebih menumpukan pada diri individu watak-wataknya. Maklhluk-makhluk ghaib ada di sekeliling kita malah jika tak dikawal, ia bersarang dalam otak. Ungu Karmila..saya sifatkan anti-klimaks," jelas Ramlee serius. (Komen penulis mengenai Ungu Karmila)
Ada sesuatu yang dirahsiakan dalam Ungu Karmila yang hanya dapat dirungkaikan menerusi pembacaan sehingga ke titik noktah cerita tersebut.
Ungu Karmila~RM 19.90~ Terbitan Alaf 21
No comments:
Post a Comment