Sunday, December 20, 2009

SUKA STRAWBERI?


STRAWBERI KECIL TAPI KAYA KHASIAT



Buah strawberi adalah buah berwarna merah terang yang cantik. Penanaman buah ini memamng banyak diusahakan di kawasan beriklim sejuk. Di Malaysia, Tanah Tinggi Cameron Highlands adalah pengeluar buah manis masam ini. Strawberi adalah buah yang kaya dengan khasiat. Vitamin C nya adalah unsur terpenting yang ada pada buah ini.


Bahkan khasiat C-nya lebih banyak daripada buah oren. Buah ini membekalkan 20% bekalan asid folik harian yang diperlukan tubuh. Buah ini tiada lemak, tiada kolestrol dan sangat kaya dengan serat. Selain dimakan begitu sahaja, buah strawberi turut diproses menjadi makanan dalam bentuk lain seperti gula-gula, jem dan aiskrim. Walaupun hidangan ini manis-manis belaka tetapi sumber khasiatnya masih terpelihara.


Sumber : RAPI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...