Saturday, August 4, 2012

Me and bulan Ramadhan

Alhamdulillah kte sedang menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan tahun ini..



Takziah juga diucapkan kepada rakan staf 1 ofis daku,atas kehilangan anak yang baru dilahirkannya semalam.. semoga kakak ofis ku tabah menjalani dugaan ini.. Allah lebih menyayangi bayi kecil itu..

Ya Allah, kau cucuri roh anak kecil itu dan Kuatkanlah hati ibubapanya dan juga ahli keluarganya.

Al-Fatihah buat adik Ashraf (baby tersebut diberi nama Ashraf).

Tatkala diselubungi rasa simpati, aku terfikir, ibu mana yang tak sayangkan anak.. kakak ofis aku tu, anak nye lahir tak cukup bulan, hari2 ulang alik dari rumah ke Hospital Sultanah Aminah sebab baby nya ditahan di hospital..besar pengorbanan seorang ibu..Kisah kakak itu memberi pengajaran kepada daku.. penat lelah ibu mengandungkan kte selama 9bulan, sakit, senang, suka duka ibu selama membesarkan kte, itu semua pengorbanan ibu yang tak dapat kte balas sampai bila2..

Jadi, jadilah anak yang soleh dan solehah..yang menolong ibu ayah dan mengenang jasa mereka.. sila jangan jadi seperti anak dalam siri 7 Ramadhan di samarinda tu ye....... itu kisah pengajaran ala2 kisah Tanggang gtu..



Percuma jugak di bulan Ramadhan ini, daku disajikan cerita yang tidak enak pasal sifat perikemanusiaan yang daku rasa agak kejam..Okay, u all pernah baca tak baru2 ni di akhbar pasal kes ibu lahirkan baby di China 12orang, tapi dibenarkan oleh kerajaan mereka hanya boleh menjaga seorang sahaja anaknya, yang lagi 11 harus dibunuh.. kalau ibubapa kembar tersebut berdegil, mereka akan dihukum sampai mati.. errkkkk... gila kejam kan?

nak lahirkan baby seramai 12orang makan masa 32jam lamanye, alih2 diarah membunuh 11baby yang lain...

ohhhh~ kenapa boleh jadi begini? umum mengetahui, China mengamalkan dasar 1keluarga, 1anak.. kalau anak lebih dari satu, kena denda beribu2 RMB (matawang China).

kenapa tidak hantar lagi sebelas bayi ke luar negara untuk adoption? sekurang2 nya bukan membunuh bayi2 tersebut.. 


Comel kan baby kembar 12 ni? huhu....tolong ya kerajaan China jangan dibunuh mereka...

Last but not least,daku teruja nak menonton lagi dan lagi video pemidato dari Afghan ni, dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012..



Peserta dari Afghanistan, Sebghatullah Qazizada, dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 (PABM 2012) menjulang Piala Perdana Menteri bagi kategori antarabangsa.

Enjoy dan kelakar cara penyampaian nya.. dahlah fasih berbahasa Melayu, mahu mengukir bintang bersama Yuna lagi.. hehehe...silalah kunjungi link video youtube dan berita mengenainya kalau nak tahu lebih lanjut..

Okay, salam Ramadhan semua..

Nadiah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...