Thursday, July 21, 2011

Give and take~ and my favourites

Give and take~


Different people, different idea... aishh... Pendapat 1 : ade jugak jenis manusia yang nampak keserasian yang dicipta bermula dari kelainan masing2..emm...contohnye, doktor yang belajar dalam bidang sains, bertemu jodoh dengan pereka fesyen.. lepas tu si doktor dan pereka fesyen ni boleh teruskan usaha untuk berjaya dalam bidang masing2..

Pendapat 2 : Ade jugak manusia yang nampak jelas keserasian dalam persamaan sesama mereka.. contohnya, penggiat industri seni bertemu jodoh dengan pelakon/penyanyi yang sama bidang dengan mereka ceburi..

Pendapat 3 : Mungkin ada jugak jenis yang suke kalau pasangannya yang berbeza bidang dengan mereka, akan bertukar profession/kerjaya beralih kepada bidang pasangannya..

~Dialog - 'stop your dream..join me in my business'... err..nampak bunyi macam Diktator gtu.. huhu..

~atau dialog ' I will give everything you want but promise me to let go all your obsession'.. itu sarcastic okay... ( I really Dont Like It..)

Okay, antara ketiga-tiga pendapat di atas, yang mane lebih sesuai dengan orang yang gemarkan privacy?

Bercakap pasal tu... daku rase pendapat 1 lebih sesuai untuk orang yang gemar2 sangat inginkan privacy sndiri.. bukan senang nak faham orang yang lain bidang dengan kita..dan kita nekad nk commited dengannya untuk jangka masa yang lame... TAPI...berapa ramai orang yang sanggup bersabar bila tak ada sifat Give and Take? back to basic, bila da lama kawin... try ask yourself, What is your dream actually? is it worth when you answered to your husband who is a doctor and at the same time you are a famous fashion designer, "I want to expand my business into shoe designer/cosmestic product.."

huhu...manusia memang ada sifat sentiasa berkehendak kan...mungkin, at the age of late 40's or 50's, seseorang boleh bersifat sensitif..dalam hati ada taman bro..

to make it simple...okay, let me create a story....... tadaaa... (merapu di tengah malam menaip entry baru di blog)

Di ambang umur akhir 30-an,atau mencecah 40-an atau sudah 50-an...

Sang isteri (pereka fesyen) : I want to expand my business into shoe design/cosmestic product..

sang suami(doctor) : haa?are you sure about that? how about me?

sang isteri : ape u cakap ni?how about u? buang tebiat ape?macam selama ni i selalu busy dan u pun tak kisah?

sang suami : itu dulu.....

sang isteri : huh...ape beza dulu dan sekarang dear?

sang suami : dulu i bagi u peluang untuk u capai cita2 u..sekarang u already a famous designer..ape lagi yang tak cukup?

sang isteri : i cuma belum puas dengan pencapaian i..itu aje..

sang suami : berapa lame lagi i sanggup bersabar sayang?

sang isteri : bersabar? u nak i buat ape?

sang suami : please give full attention to me...

sang isteri : hehe..u betol2 buang tebiat....

sang suami : .......... (terdiam lame sebab isteri nya ketawa kan dia dan kate dia buang tebiat)

sang suami : lepas business kasut dengan cosmetic product u nak buat ape pulak?

sang isteri : belum fikir lagi..kenapa?nak jadi join partner ke?
(suara betol2 ceria sebab dia fikir suami nye memahami..padahal....)

sang suami : tak.... (menjawab lemah)

isterinya tersenyum2 saje..

sang isteri : tak rugi pun u bersabar dengan i lagi..

KENYATAAN :

sang suami : tak.....(dalam hati : i akan carik kan partner (a.k.a madu) untuk u kalau i da tak boleh bersabar dengan u lagi..)

lalala~ di sinilah meaning Give and Take itu penting....

anyway, back to question...sbab daku suke pendapat 1, jadi daku rase daku kena pkir cerita laen untuk situasi pendapat 2 dan 3...hehe...

What is your dream actually? =) "my dream is.....YOU.."

ehh? macam pernah dengar soalan ini...kat mane ye dapat? haha.. sila tengok filem HYD Final (Japanese film.year released in 2009 if i'm not mistaken). the dialogue is there...this film very famous one..really worth to watch it from the drama, with the same title..(i really fall in love with the Japanese version of BOF). somehow...support Maotsujun.. but I really admire the Korean actor, LMH the most...ahahaha...


Salam sayang ~ N A D I A H ~

P/S : penulis bukan seorang yang jiwang-jiwang cuma dalam hati ada sket taman.. hehe..

Wednesday, July 13, 2011

Pengetahuan 1- Spindel Menegak

Hari ni nak tulis pasal James Hargreaves- 1764

Pada abad ke 18, hanya ada 1cara untuk memintal bulu biri2 menjadi benang iaitu dgn roda pintal. Kerjanya begitu membosankan dan boleh menghasilkan hanya satu helai benang pada satu-satu masa.

James Hargreaves, seorang pemintal dan tukang kayu mncari cara untuk menjadikan roda pintal ini lebih efficient.

Dia memikirkan tentang perkara ini pada suatu hari sambil memerhatikan seseorang menggunakan roda pintal ini. Dengan tiba2 roda pintal terjatuh. Ia terbaring di sisi dan rodanya terus berputar, begitu juga spindel atau tangkai di mana benang itu dililitkan. Sepatutnya ia berada dalam posisi mendatar, selari dengan lantai, sekarang spindel itu berada dalam posisi menegak.

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini memberi Hargreaves 1 idea. Jika spindel ini diletakkan pada posisi menegak, lebih daripada 1 boleh digunakan pada satu-satu masa. Beberapa helai benang boleh dipintal pada satu masa yang sama.

Pada tahun 1794, Hargreaves telah membuat mesin yang mempunyai spindel menegak yang boleh memintal lima kali lebih pantas daripada menggunakan tangan. Dia memanggilnya Spinning Jenny sempena nama anaknya, Jenny.

Sebuah roda pintal yang terjatuh telah mendorong Hargreaves dan mengubah kehidupan ramai orang. Dengan benang yang dikeluarkan cara Hargreaves ini, baju lebih mudah dibuat, dan ciptaan Hargreaves ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.


Early Spinning Jenny


Spinning Jenny- dalam industri textile hari ini

More info : Spinning Jenny

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...