Friday, January 8, 2010

Hutan Paya Bakau

Hutan Paya Bakau Kota Kinabalu

Terdapat sekurang-sekurangnya 3 jenis spesis pokok bakau yg penting iaitu Red Mangrove/ bakau merah,Black mangrove/ bakau hitam dan White mangrove /bakau putih. Bakau merah merupakan jenis yg paling penting diantara spesis-spesis yg ada kerana ia merupakan spesis yg paling tahan air laut dimana akar-akarnya memerangkap kotoran dan membersihkan kualiti air dan ia juga merupakan habitat utk anak2 ikan, ketam, dan udang. Bakau hitam ada akar dan pokok-pokok ini bernafas melalui akar-akar ini.



Bakau putih



Bakau Hitam

Hutan paya bakau merupakan tempat makan, membiak dan habitat pelbagai jenis ikan, shellfish, burung dan hidupan2 liar yg lain. Hutan paya bakau ini menghasilkan lebih kurang 3.6 tan buangan daun-daun setahun yg merupakan makanan pelbagai hidupan di ekosistem ini. Lebih kurang 75% peratus ikan2 pancing dan 90% spesis komersil bergantung pada ekologi hutan paya bakau. Pemuliharaan bakau amat penting bagi menjamin ekosistem yg sihat, serta menjanjikan pulangan yg lumayan dari pelancongan dan bidang agriculture.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...