Showing posts with label health issue. Show all posts
Showing posts with label health issue. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Heart


Love your heart..

Live in healthy lifestyle..find suitable time to pamper yourself..

Control your anger once you get stressed..

Then, all will be fine..


~ Nadiah sayang ~

Wednesday, November 17, 2010

Disfagia-odinofagia

Disfagia-odinofagia(masalah susah nak telan)



Disfagia-odinofagia

PEMERIKSAAN dapat membantu mengesan punca
disfagia supaya rawatan bersesuaian dapat diberikan.

DISFAGIA adalah satu terma yang jarang disebut tapi seringkali kita mengalaminya. Ia merujuk kepada kesukaran untuk menelan.

Odinofagia pula merujuk kepada rasa sakit untuk menelan. Biasanya, kedua-dua gejala ini boleh terjadi secara serentak, atau satunya menyusul selepas satunya bermula.

Odinofagia dikaitkan dengan keradangan yang berlaku dalam saluran makanan seseorang yang menyebabkan rasa sakit apabila sesuatu bolus makanan itu melalui kawasan yang mengalami keradangan ini.

Punca Disfagia

Keadaan sukar untuk menelan atau merasakan ketulan makanan tersangkut pada tekak ini boleh disebabkan oleh faktor gangguan pada fasa pra-esofagus atau fasa esofagus sewaktu seseorang itu cuba menelan.

Fasa menelan pra-esofagus merujuk kepada masa makanan itu masih berada pada kawasan rongga mulut dan farinks.

Fasa esofagus pula bermula apabila makanan itu mula masuk ke dalam saluran tiub makanan esofagus yang bersambung dengan farinks.

Bagi seseorang yang normal, makanan yang disuap ke dalam mulut mestilah dikunyah, ditambah dengan pelincir iaitu air liur yang turut sama mengandungi enzim pencernaan sebelum dijadikan gumpalan yang dinamakan bolus

Seterusnya, bolus tersebut ditolak ke belakang oleh pergerakan lidah untuk ia masuk ke farinks dan seterusnya esofagus. Gangguan pada salah satu proses ini akan menyebabkan disfagia.

Faktor Pra-esofagus

Gangguan pada fasa pra-esofagus boleh berpunca daripada ketidaksempurnaan proses yang disebutkan tadi.

Ia boleh terjadi akibat makanan tidak dapat dikunyah dan dilumatkan kerana gangguan fungsi rahang dan gigi.

Gangguan ini boleh terjadi pada mereka yang mengalami masalah patah tulang rahang (terutamanya mandibel), ulser pada gusi atau sendi rahang (temporomandibular) yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pesakit yang mengalami masalah pada lidah seperti ketumbuhan, atau struktur yang tidak sempurna, baik akibat kecederaan atau pembedahan, akan mengganggu proses penyediaan bolus makanan ini untuk dihantar ke ruangan farinks.

Farinks yang normal sepatutnya menjadi transit yang sementara bagi bolus makananyang melaluinya untuk masuk ke dalam esofagus.

Dalam keadaan farinks yang bermasalah seperti kelenjar tonsil yang besar atau jangkitan pada farinks, pembengkakan dinding farinks boleh terjadi akibat edema atau pengumpulan nanah selepas jangkitan.

Ia akan menyebabkan rongga farinks menjadi sempit dan menyukarkan makanan melaluinya.

Penyakit gangguan saraf yang bertanggungjawab mengawal fungsi farinks juga boleh menyebabkan proses menelan menjadi sedikit terganggu dan pesakit merasakan makanan lambat turun ke bawah.

Faktor Esofagus

Esofagus ialah saluran makanan yang menghubungkan farinks dengan perut. Ia adalah seperti satu tiub yang panjang, membenarkan pergerakan sehala bolus makanan yang memasukinya bermula dari bahagian atas (farinks) ke bahagian bawah (perut).

Dalam keadaan seseorang yang berkedudukan terbalik sekalipun, esofagus tetap menjalankan tugasnya seperti biasa iaitu makanan masih lagi ditujukan dari bahagian farinks ke bahagian perut.

Proses membawa makanan dengan satu arah yang tetap ini disempurnakan oleh mekanisme peristalsis, iaitu pengecutan dan pengenduran secara teratur otot-otot yang mengelilingi esofagus.

Gangguan pada esofagus, baik dari segi struktur atau fungsi, akan menyebabkan makanan yang hendak dihantar ke perut akan tersekat.

Gangguan struktur termasuklah penyempitan lumen atau rongga esofagus, baik disebabkan oleh keabnormalan yang berada dalam esofagus seperti ketumbuhan, atresia, atau parut akibat refluks asid dari perut.

Penyempitan juga boleh berpunca daripada tekanan dari luar seperti pembengkakan kelenjar tiroid, ketumbuhan di kawasan mediastinum, saluran darah yang membengkak dan menekan esofagus serta bermacam punca lain.

Gangguan saraf yang mengganggu proses peristalsis pula akan menyebabkan hipomotiliti (kurang pergerakan) atau hipermotiliti (pergerakan yang berlebihan), kedua-duanya boleh mengakibatkan gangguan pergerakan makanan dalam esofagus.

Pemeriksaan

Apabila seseorang pesakit itu datang dengan masalah sukar menelan, doktor akan menanyakan soalan-soalan lanjut yang ada kaitan dengan masalah tersebut seperti:

  • kronologi masalah adakah ia terjadi secara tiba-tiba atau beransur-ansur
  • dalam keadaan yang sama atau semakin lama semakin sukar menelan
  • adakah sukar menelan itu lebih kepada cecair atau makanan pejal dan sebagainya

Setelah itu, pemeriksaan klinikal akan dijalankan, dan biasanya akan menunjukkan masalah-masalah yang berpunca dalam rongga mulut dan orofarinks.

Kelenjar tonsil yang membengkak, kehadiran ketumbuhan dalam rongga mulut seprti lidah, gusi atau bahagian dalam pipi amat mudah dilihat.

Pemeriksaan leher termasuklah kelenjar tiroid, sistem saraf, termasuklah saraf kranial akan dilakukan. Endoskopi ringkas di klinik juga banyak membantu dalam mencari punca disfagia.

Jika pemeriksaan di klinik masih gagal menunjukkan puncanya, penyiasatan radiografi seperti imbasan sinar-X dada, leher dan ujian menelan dengan kontras barium akan dilakukan.

Ujian menelan dengan kontras barium ini sangat membantu di mana ia akan menunjukkan saluran esofagus yang dilalukan dengan barium.

Apabila terdapat penyempitan, jumlah barium yang melaluinya akan menjadi sedikit terhalang dan lokasi penyempitan akan dapat ditentukan.

Imbasan CT adakalanya diperlukan untuk melihat struktur yang tidak dapat dilihat dengan mata atau diperiksa dengan tangan atau alatan lain yang terdapat di klinik.

Antara ujian lain yang dapat membantu mencari punca sukar menelan ini termasuklah pengukuran pH dalam esofagus dan farinks, bagi melihat sama ada ia diakibatkan oleh penyakit refluks asid dari perut yang juga boleh menyumbang kepada gejala sukar menelan ini.

Esofagoskopi, iaitu ujian endoskopi ke dalam tiub esofagus, pula membolehkan kawasan dalam esofagus itu dilihat dengan jelas jika terdapat sesuatu yang menyebabkan penyempitannya.

Rawatan

Rawatan terhadap gejala sukar menelan ini banyak bergantung kepada punca yang sebenar menyebabkannya.

Setiap pesakit yang datang ke klinik dengan simptom yang sama iaitu disfagia mungkin akan pulang dengan rawatan yang berlainan antara satu dengan yang lain kerana puncanya adalah berbeza.

Ada antaranya hanya memerlukan kaunseling dan tidak kurang juga yang memerlukan pembedahan. Namun, segalanya akan ditentukan setelah segala siasatan selesai dilakukan.

Apa yang penting bagi pihak pesakit ialah untuk datang berjumpa dengan doktor bagi rawatan selanjutnya jika situasi sukar menelan ini semakin teruk dan mengganggu kehidupan seharian.

Source: http://www.utusan.com.my/pix/2009/0628/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_05.1.jpg

Haipp...cepat2 jmpe doktor sebelum ape2 komplikasi berlaku.. huhu.. cayang u oll.. ;p

Sunday, December 20, 2009

Tolong Jantung Kita


6 Makanan Elak Sakit Jantung



Penyakit jantung sebenarnya boleh dikawal menerusi pemakanan. Cuma penerangan yang tidak lengkap menjadikan penghidapnya agak sambil lewa dalam hal pemjagaan makanan.


Padahal, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan ke paras yang lebih rendah jika pengambilan makanan dikawal dengan baik. Tahukah kamu, peratus kematian wanita muda akibat penyakit jantung telah meningkat sebanyak 30% sejak tahun 1989? Nampaknya penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Disenaraikan enam jenis makanan utama yang paling berpotensi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.



  1. Ikan (boleh mengurangkan penyakit sebanyak 50%). Persatuan Jantung Amerika menyarankan agar anda memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam masa seminggu. Kajian terkini mendapati makan satu hidangan ikan dalam seminggu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung.
  2. Epal(boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 50%). Sebiji atau dua biji epal sehari juga sangat membantu. Jika anda meminum 12 auns jus epal atau makan dua biji epal sehari. Ia mampu mengurangkan paras oksida kolestrol LDL. Kajian yang dilakukan di Belanda mendapati bahan ‘phytochemicals’ yang ada pada epal berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.


  1. Walnut (boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 45%). Walnut mengandungi sejenis lemak yang dipanggil asid linolenic. Ia mampu menurunkan paras kolestrol dan menghalang pembekuan darah. Jika anda membiasakan diri dengan memakan walnut, ia mampu mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 12% dan kolestrol LDL sebanyak 16%.


  1. Minyak zaitun ( boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 40%) Dalam banyak-banyak minyak masak, minyak zaitun mengandungi 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolestrol LDL tanpa mengganggu HDL. Ia juga adalah sejenis antioksida yang sangat berkesan.


  1. Kekacang (boleh mengurangkan risiko penyakit hingga 30%). Satu hidangan kacang panggang mampu menurunkan paras kolestrol sebanyak 10%. Kekacang juga mengandungi sejenis kompaun yang menghalang pembekuan darah dan meningkatkan fungsi pembuluh darah. Bahkan, kekacang adalah sumber folik yang paling baik.

  1. Oat (boleh mengurangkan risiko penyakit hingga 29%) Secawan oat yang dimasak mempunyai kelebihan untuk mengurangkan paras kolestrol dalam darah. Ini kerana oat mengandungi estrak beta glucans, sejenis serat mudah larut. Paling penting, makanlah oat secara konsisten.

Sumber : RAPI

Insomnia

Makanan Pencegah Insomnia


Kepada mereka yang mengalami insomnia atau gangguan tidur, disarankan untuk mengambik susu panas, kerang dan makanan berserat untuk membantu mengatasinya. Menurut David Lavitsky, seorang profesor makanan dari Cornell University Itahca, New York, makan di waktu malam asalkan tidak terlalu kenyang memudahkan tidur kerana makanan menarik aliran darah ke perut.


Terdapat beberapa makanan yang baik untuk membantu mengatasi gangguan tidur. Makanan yang mengandungi asid amino ‘tryotophan’ seperti daging ayam dan susu akan diubah menjadi serotonin di dalam tubuh yang kemudiannya diubah menjadi ‘melatonin’. Kedua-dua asid inilah yang akan membuatkan anda lebih relaks dan mudah mengantuk.


Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi atau cooper seperti kerang-kerangan juga boleh membuatkan anda sukar tidur. Untuk memenuhi keperluan mineral ini, anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 20 biji kerang sehari. Kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, soda dan minuman beralkohol. Lebih baik anda minum susu panas sebelum tidur untuk membolehkan anda lena sepanjang malam.


Sumber : RAPI

Insomnia

INSOMNIA

I

nsomnia atau sukar tidur terjadi kerana wujudnya rasa letih akibat aktiviti seharian. Biasanya aktiviti penyebab keletihan itu akan berlaku terus menerus (lebih 10 hari). Terdapat tiga jenis gangguan insomnia yang dikenali pasti iaitu susah tidur (sleep onset insomnia), selalu terbangun tengah malam (sleep maintainance insomnia) dan selalu bangun awal (early awakening insomnia). Kebanyakan orang akan mengalami salah satu daripada tiga gangguan ini.


Di Amerika Syarikat, 25% rakyatnya mengalami kesukaran tidur pada waktu malam dan 10% memiliki insomnia kronik. Di seluruh dunia, satu pertiga orang dewasa dikatakan menderita kerana insomnia. Satu pertiga daripadanya pula tergolong dalam insomnia jenis berat.

Penyebab insomnia masih belum dikenal pasti secara terperinci. Tetapi, pakar perubatan percaya ia berkait rapat dengan masalah hormon. Insomnia kerap ditemui pada lelaki berusia sekitar30 hingga 40 tahun.


Secara umumnya, insomnia disebabkan oleh dua perkara, iaitu perubatan dan bukan perubatan. Faktor bukan perubatan merangkumi masalah kejiwaan (seperti tekanan perasaan). Tekanan tersebut berkait rapat dengan masalah keluarga yang terlalu berat atau tekanan bekerja. Bagi yang terlalu ghairah dan mementingkan kesempurnaan dalam kerjaya, mereka adalah golongan yang cenderung diserang insomnia.


Insomnia yang disebabkan oleh faktor perubatan pula berkaitan dengan gangguan kesihatan. Antara tandanya ialah rasa ngilu di bahagian otot dan pencernaan, sesak nafas akibat asma dan sakit jantung. Rasa ngilu di otot sangat mengganggu terutamanya bagi orang yang sedang tidur. Pergerakan ini akan mengaktifkan otak, sehingga otak pun akan tersedar dan anda sukar tidur semula.


Strategi menjemput mimpi


Ubah Situasi


Suasana adalah antara faktor yang membuatkan kita mudah tidur lena. Daripada bergantung kepada ubat-ubatan dan pil yang belum tentu hasilnya, apa kata anda cuba strategi-strategi di bawah untuk tidur lena.


1. Ubah suasana bilik supaya kelihatan abru, menarik dan jiwa anda akan lebih bersemangat untuk berekat. Caranya ialah dengan mengubah kedudukan katil, menukar cadar dan langsir kepada warna yang lebih mendamaikan.


2. Buat satu jadual tidur yang khusus dan patuhi waktunya. Jangan terlalu mengikut kehendak diri seperti leka menonton TV hingga jauh malam atau masih bersama teman-teman.


3. Dalam tempoh dua jam sebelum tidur, minumlah segelas susu. Susu dipercayai mendorong perasaan mengantuk.


4. Ganti tilam atau katil yang sudah terlalu lama digunakan. Mungkin strukturnya sudah tidak berapa baik untuk anda gunakan. Keadaan katil dan tilam yang sebegini ini boleh menyebabkan seseorang sakit tulang belakang dan sukar terlena.


5. Cubalah mandi suam sebelum tidur. Suhu badan begini merangsang tidur seseorang.


6. Hentikan pengambilan alkohol. Minuman ini hanya mengganggu otak yang akhirnya mengganggu pola tidur anda.


7. Luahkan apa-apa perkara menyenangkan yang bakal dilakukan esok hari. Bayangkan seperti ini membuatkan otak lebih relaks dan berfikiran bebas.


8. Matikan lampu bilik, anda tentu lebih nyenyak tanpa diganggu dengan kesan cahaya yang boleh membuka mata.


9. Baca bacaan ringan seperti novel. Cara ini lebih berkesan daripada menonton filem.


10. Jika sukakan muzik, pasanglah irama instrumental yang mendamaikan jiwa.


Ubah Pemakanan


1. Elakkan pengambilan snek sebelum tidur. Sebarang kudap- kudapan tidak seharusnya diambil jika ia telah menghampiri waktu tidur. Jika lapar sangat, minumlah susu panas, telur, badam, ayam dan keju. Kesemua bahan makanan ini sangat kaya dengan asid amino L- tryptophan. Namun, pastikan ia diambil dua jam awal sebelum masa tidur.


2. Teh herba juga adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menagndungi kafein. Kandungan semulajadinya mampu merangsang tidur dengan baik. Antara jenis teh yang sesuai ialah chamomile, catnip, anise dan fennel.


J

ika anda sudah merebahkan diri di katil dan masih tidak dapat tidurmselepas setengah jam, jangan memaksa diri lagi. Bangun dan berjalan-jalan di kawasan sekitar rumah. Lakukan aktiviti lain misalnya membaca atau menonton televisyen agar perasaan mengantuk itu boleh dipupuk.


Paling penting, anda jangan panik walaupun mata masih tidak dapat dilelapkan. Jangan asyik melihat jam kerana anda akan dapat merasa lebih terdera kalau menyedari waktu sudah lewat pagi.


Kalau masih gagal tidur, bangun dan tepuk-tepuklah tilam dan bantal. Mungkin strukturnya yang tidak selesa menyebabkan anda sukar tidur. Apa pun, bertemu pakar perubatan adalah jalan paling selamat untuk meredakan masalah insomnia anda.


Sumber : RAPI

Wednesday, December 9, 2009

BUASIR

penjagaan kebersihan

atasi masalah buasir


Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid

Pusat Racun Negara


Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.

Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.











Ciri-ciri penyakit buasir


Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.


Rawatan pengubatan sendiri


Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

  1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.

  2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.

  3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.

  4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Ubat untuk meredakan buasir


Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.


Pilihan ubat buasir


Antara ubat yang boleh digunakan:

  1. Agen Anestetik setempat

  2. Pengecut saluran darah setempat

  3. Pengurangan kerengsaan atau kegatalan

  4. Astringen yang mengurangkan insipadu sel-sel

  5. Pengurangan kesakitan dan kegatalan

Disebabkan ubat-ubatan ini digunakan secara setempat pada kawasan dubur, maka penyampaian ubat kepada buasir secara langsung adalah amat penting untuk mendapatkan kesan ubat tersebut. Dalam hal ini, ubat akan disapukan ke atas bengkak buasir luaran manakala untuk buasir dalaman, ubat disediakan dalam bentuk supositori atau paip bagi memudahkan penyampaian ubat ke kawasan dalaman dubur.


Agen Anestetik setempat


Agen anestetik atau bius setempat bertindak merngurangkan rasa sakit, gatal, pedih dan kerengsaan pada bengkak buasir melalui halangan kepada penyampaian isyarat sakit yang disampaikan oleh sistem saraf. Kebiasaannya penggunaan agen ini akan menyebabkan timbulnya rasa kebas pada bahagian yang sakit. Agen ini hanya digunakan pada buasir luaran kerana deria saraf hanya tertumpu pada bahagian luar dubur sedangkan saraf yang sama tidak terdapat pada bahagian dalaman dubur. Contoh ubat yang mempunyai tindakan menghilangkan rasa sakit adalah benzokain yang diletakkan pada buasir.


Pengecutan saluran darah setempat


Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan. Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir. Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.


Pengurangan kerengsaan atau kegatalan


Pengurangan kegatalan dengan cara menahan kehilangan air serta lembapan kulit menyebabkan timbulnya rasa gatal akibat kulit yang kering. Apabila darjah lembapan meningkat, bengkak menjadi lembut yang seterusnya mengurangkan kesakitan disebabkan tekanan yang terbentuk di atas bengkak buasir. Contoh bahan yang dapat menahan kehilangan air ini adalah seperti gliserin atau salap petrolatum yang membentuk lapisan berminyak di atas permukaan bengkak buasir.


Astrigen


Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir. Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit. Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.


Pengurang kesakitan dan kegatalan


Ubat jenis ini akan bertindak pada sel-sel bengkak ataupun juga dikenali sebagai sel radang dengan mengurangkan proses tindakbalas yang menyebabkan timbulnya sel-sel bengkak. Apabila tindak balas keradangan dikurangkan, maka proses pengecutan sel boleh terjadi dan buasir dapat diredakan. Contoh ubat yang mempunyai aktiviti seperti ini adalah krim hidrokortison pada kepekatan 0.5 peratus yang disapu ke atas buasir.

Sekiranya seseorang mengalami penyakit buasir, penjagaan kebersihan kawasan dubur amatlah penting untuk mencegah buasir. Langkah pencucian telah diterangkan dan paling penting adalah mengamalkan tabiat pembuangan air besar yang baik pada setiap hari. Pesakit selalunya akan dinasihatkan oleh para pengamal kesihatan untuk mengambil air yang banyak dan mengekalkan pemakanan yang seimbang dengan kandungan fiber yang tinggi untuk mencegah terjadinya buasir. Jika buasir terjadi berulangkali atau tidak reda selepas seminggu walaupun dengan menggunakan ubat buasir, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Sumber :


http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik8.html

Tuesday, July 7, 2009

Health Issue of Today

Today 7 July 2009 below are some informations I got. Enjoy your reading!

Malaysia reports 75 more cases of A/H1N1 flu


KUALA LUMPUR, July 6 (Xinhua) -- Malaysia reported 75 more cases of influenza A/H1N1 on Monday, bringing up the total case of the disease to 434 in the country.

Malaysian Health Minister Liow Tiong Lai said that among the new cases, 41 were imported while 34 were locally transmitted.

He noted that among the new reported 34 locally transmitted cases, nine patients were the participants of the four-day Asia-Pacific Pharmaceutical Conference which concluded on June 30 in Penang, northwestern Malaysia.

Liow said that among the total 434 people confirmed with the disease in the country, 343 have been declared fully recovered, while 91 patients were still under treatment in hospitals.
Here, I got some informations from http://microbecide.com
Swine Flu or A/H1N1

Commonly called "swine flu" or A/H1N1, the virus has been found to be made up of genetic elements from four different flu viruses – North American Mexican influenza, North American avian influenza, human influenza, and swine influenza virus typically found in Asia and Europe.
This new strain appears to be a result of reassortment of human influenza and swine influenza viruses, in all four different strains of subtype H1N1. The six genes from American swine flu are themselves mixtures of swine flu, bird flu, and human flu viruses.
Human Flu
Human flu is a term used to refer to influenza cases caused by Orthomyxoviridae that are endemic to human populations. For an infection to be endemic, each subject (human or animal) when infected with the disease must pass it on to exactly one other subject (on average). For example, chickenpox is endemic in the UK, but malaria is not.
Most human flu is a non-pandemic flu that is slightly different from the main human flu that existed in last year's flu season period. This type of flu is also called "common flu" or "seasonal flu" or "annual flu". It causes yearly flu epidemics that are generally not deadly except to the very old or very young.

Influenza Viruses

Human flu-causing viruses can belong to any of three major influenza-causing Orthomyxoviruses:

Influenzavirus C infects humans and pigs and is rare compared to types A or B, but can be severe and can cause local epidemics. Yearly vaccines do not vaccinate against type C.

Influenzavirus B viruses are only known to infect humans and seals, giving them influenza. This limited host range is apparently responsible for the lack of Influenzavirus B caused influenza pandemics in contrast with those caused by Influenzavirus A.

Influenzavirus A is the cause of all flu pandemics infecting humans, other mammals and birds.
Influenza A virus strains are categorized according to two proteins found on the surface of the virus: hemagglutinin (H) and neuraminidase (N). All influenza A viruses contain hemagglutinin and neuraminidase, but the structure of these proteins differ from strain to strain due to rapid genetic mutation in the viral genome.

H and N Numbers

Influenza A virus strains are assigned an H number and an N number based on which forms of these two proteins the strain contains. There are 16 H and 9 N subtypes known in birds, but only H1, H2, H3 and N1, N2 are commonly found in humans.
The Influenza A virus subtype H1N1, also known as A(H1N1), is a subtype of influenza virus A and the most common cause of influenza (flu) in humans. H1N1 influenza A strains caused roughly half of all human flu infections in 2006. Other strains of H1N1 are endemic in pigs (swine influenza) and in birds (avian influenza).

H1N1, H1N2, and H3N2 are the only known Influenza A virus subtypes currently circulating among humans.

Subtypes

The Influenza A virus subtypes that have been confirmed in humans, ordered by the number of known human pandemic deaths, are:

H1N1 caused "Spanish Flu" and a reassortment caused 2009 swine flu outbreak

H2N2 caused "Asian Flu"

H3N2 caused "Hong Kong Flu"

H5N1 "The Bird Flu" was the world's major influenza pandemic threat until the Swine Flu Pandemic of 2009

H7N7 has unusual zoonotic potential

H1N2 is currently endemic in humans and pigs

H1N1 is currently endemic in both human and pig populations. A variant of H1N1 was responsible for the Spanish flu pandemic that killed some 50 million to 100 million people worldwide over a period of about a year in 1918 and 1919.

H2N2

The Asian Flu was a pandemic outbreak of H2N2 avian influenza that originated in China in 1957, spread worldwide that same year during which an influenza vaccine was developed, lasted until 1958 and caused between one and four million deaths.

H3N2

H3N2 is currently endemic in both human and pig populations. It evolved from H2N2 by antigenic shift and caused the Hong Kong Flu pandemic of 1968 and 1969 that killed up to 750,000. The dominant strain of annual flu in January 2006 was H3N2.

H5N1

H5N1 was the world's major influenza pandemic threat until the Swine Flu Epidemic of 2009--a new strain of H1N1.

H7N7

H7N7 In 2003 in the Netherlands 89 people were confirmed to have H7N7 influenza virus infection following an outbreak in poultry on several farms. One death was recorded.

H1N2

H1N2 is currently endemic in both human and pig populations. The new H1N2 strain appears to have resulted from the reassortment of the genes of the currently circulating influenza H1N1 and H3N2 subtypes. The hemagglutinin protein of the H1N2 virus is similar to that of the currently circulating H1N1 viruses and the neuraminidase protein is similar to that of the current H3N2 viruses.

H9N2

A low pathogenic avian influenza A (H9N2) infection was confirmed in 1999, in China and Hong Kong in two children, and in 2003 in Hong Kong in one child.

H7N2

One person in New York, USA in 2003 and one person in Virginia, USA in 2002 were found to have serologic evidence of infection with H7N2.

H7N3

In North America, the presence of avian influenza strain H7N3 was confirmed at several poultry farms in British Columbia in February 2004. In April 2004, 18 farms were quarantined to halt the spread of the virus. Two cases of humans with avian influenza were confirmed in that region.
H10N7 In 2004 in Egypt H10N7 was reported for the first time in humans. It caused illness in two infants in Egypt.
So we have to do some protection in order to mantain our health.
Here are some tips on what you can do to prevent the spread of H1N1:

1. Wash your hands frequently with Antiseptic Hand Wash, especially before a meal.

2. Buy from a reputable company as the amount and type of antiseptic is important to ensure
100% kill of the germs. If not all 100% is killed, the remaining germs can mutate and develop resistance to the antiseptic, resulting in a new strain of "Super bugs".

3.If water is not available, use good quality Antiseptic Hand Sanitizers that do not require a water rinse.

4.Make sure you carry pocket size Hand Sanitizers and Wipes.

5.If you are ill, avoid infecting others by wearing a Face Mask. Wear the mask properly by expanding it as much as it can go, and cover your nose and under you chin. Make sure you change your mask frequently when it becomes moist over time. Do not reuse the mask. Dispose the mask properly in a sealed bag. Once the mask dries, the germs can become airborne and contaminate the environment.

6.If you are Not ill, protect yourself with a N95 mask. If you find it diffficult to breathe with the mask on, chose a respirator with replacement filters and chage the filter frequently.

7.Monitor your body temperature every day (in the morning, afternoon and night) and plot your temperature over time. This will allow you to establish a baseline of what is your normal temperature at different times of the month. This is to allow you to detect a fever as this is one of the symptoms of Swine Flu. You can then seek medical attention sooner, rather than later. if necessary, you can take steps to protect other members of your family from close contact.

8.For females, you will notice your temperature will rise slightly when you are ovulating. Do not be alarmed! Only if the temperature keeps rising steadily, see your doctor. Young children also tend to have higher body temperatures, hence establishing your baseline and knowing your body will avoid misleading data.

9.If you can't avoid crowds, then boost your immunity with Vitamins.

10.Finally, make sure you maintain good hygiene practices. Avoid touching your mouth or face before cleaning your hands first. Avoid crowded places, especially hospitals. Cover your mouth when you sneeze or cough and avoid throwing contaminated tissues in open bins.

11.Keep your environment free of germs with cleaning sanitizer and air purifiers (only those with HEPA Filters are effective). Choose a air purifier that suits your room size and can be maintained easily and runs quietly. Disinfect childrens toys once a day.

12.See a doctor if you are in doubt or if you have flu-like symptoms, including fever, lethargy, lack of appetite, coughing, runny nose, sore throat, nausea, vomiting and diarrhea.
Adapted from : http://ezinearticles.com/?How-to-Protect-Yourself-From-Influenza-A-H1N1-Swine-Flu&id=2292350
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...