Sunday, December 20, 2009

Tolong Jantung Kita


6 Makanan Elak Sakit Jantung



Penyakit jantung sebenarnya boleh dikawal menerusi pemakanan. Cuma penerangan yang tidak lengkap menjadikan penghidapnya agak sambil lewa dalam hal pemjagaan makanan.


Padahal, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan ke paras yang lebih rendah jika pengambilan makanan dikawal dengan baik. Tahukah kamu, peratus kematian wanita muda akibat penyakit jantung telah meningkat sebanyak 30% sejak tahun 1989? Nampaknya penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Disenaraikan enam jenis makanan utama yang paling berpotensi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.



  1. Ikan (boleh mengurangkan penyakit sebanyak 50%). Persatuan Jantung Amerika menyarankan agar anda memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam masa seminggu. Kajian terkini mendapati makan satu hidangan ikan dalam seminggu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung.
  2. Epal(boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 50%). Sebiji atau dua biji epal sehari juga sangat membantu. Jika anda meminum 12 auns jus epal atau makan dua biji epal sehari. Ia mampu mengurangkan paras oksida kolestrol LDL. Kajian yang dilakukan di Belanda mendapati bahan ‘phytochemicals’ yang ada pada epal berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.


  1. Walnut (boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 45%). Walnut mengandungi sejenis lemak yang dipanggil asid linolenic. Ia mampu menurunkan paras kolestrol dan menghalang pembekuan darah. Jika anda membiasakan diri dengan memakan walnut, ia mampu mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 12% dan kolestrol LDL sebanyak 16%.


  1. Minyak zaitun ( boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 40%) Dalam banyak-banyak minyak masak, minyak zaitun mengandungi 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolestrol LDL tanpa mengganggu HDL. Ia juga adalah sejenis antioksida yang sangat berkesan.


  1. Kekacang (boleh mengurangkan risiko penyakit hingga 30%). Satu hidangan kacang panggang mampu menurunkan paras kolestrol sebanyak 10%. Kekacang juga mengandungi sejenis kompaun yang menghalang pembekuan darah dan meningkatkan fungsi pembuluh darah. Bahkan, kekacang adalah sumber folik yang paling baik.

  1. Oat (boleh mengurangkan risiko penyakit hingga 29%) Secawan oat yang dimasak mempunyai kelebihan untuk mengurangkan paras kolestrol dalam darah. Ini kerana oat mengandungi estrak beta glucans, sejenis serat mudah larut. Paling penting, makanlah oat secara konsisten.

Sumber : RAPI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...