Sunday, December 20, 2009

Insomnia

Makanan Pencegah Insomnia


Kepada mereka yang mengalami insomnia atau gangguan tidur, disarankan untuk mengambik susu panas, kerang dan makanan berserat untuk membantu mengatasinya. Menurut David Lavitsky, seorang profesor makanan dari Cornell University Itahca, New York, makan di waktu malam asalkan tidak terlalu kenyang memudahkan tidur kerana makanan menarik aliran darah ke perut.


Terdapat beberapa makanan yang baik untuk membantu mengatasi gangguan tidur. Makanan yang mengandungi asid amino ‘tryotophan’ seperti daging ayam dan susu akan diubah menjadi serotonin di dalam tubuh yang kemudiannya diubah menjadi ‘melatonin’. Kedua-dua asid inilah yang akan membuatkan anda lebih relaks dan mudah mengantuk.


Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi atau cooper seperti kerang-kerangan juga boleh membuatkan anda sukar tidur. Untuk memenuhi keperluan mineral ini, anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 20 biji kerang sehari. Kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, soda dan minuman beralkohol. Lebih baik anda minum susu panas sebelum tidur untuk membolehkan anda lena sepanjang malam.


Sumber : RAPI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...