Sunday, December 27, 2009

Mari Tangkap Ketam

Mau Mencuba Tangkap Ketam? Ade tips2 nye..

1) Torchlight (white LED lights is recommended)


2) Spear (Bole beli kat kedai memancing.)


3) Besen/bekas nak isi ketam yang ditangkap. Bwak bekas gabus isi ikan tu senang terapung je kat laut and pastikan ade tali, takut dibawak arus laut bekas tu.


4) Plastic beg (Untuk isikan barang2 penting such as mobile phone kalau bwk sekali masa tangkap ketam, NOT RECOMMENDED).


5) Kasut nk msuk dalam laut..kot2 la t'pijak bnda yang tjam2 kat dasar laut tu..kan ke haru.. kasut suvey kat kedai memancing.

Ape kena mengena bulan mengambang dengan ketam?


Mengikut cerita org2 dlu :

1) Mlm tu ketam mengawan. Da kalau ketam mengawan, lembap sket p'gerakannya sbab da berkepit da 2ekor ketam tu..byk la kte dpat ketam...


2) Ketam berisi lebih sket tme2 ni. Puas hati ni penat2 nak tangkap ketam,dapat pulak yang berisi.. auumm.. =P


Ketam besar spe nak??

Kena jln jauh sikit. Puas hati, jauh perjalanan byk ketam dpt ditangkap.. ngee~

Sunday, December 20, 2009

SUKA STRAWBERI?


STRAWBERI KECIL TAPI KAYA KHASIAT



Buah strawberi adalah buah berwarna merah terang yang cantik. Penanaman buah ini memamng banyak diusahakan di kawasan beriklim sejuk. Di Malaysia, Tanah Tinggi Cameron Highlands adalah pengeluar buah manis masam ini. Strawberi adalah buah yang kaya dengan khasiat. Vitamin C nya adalah unsur terpenting yang ada pada buah ini.


Bahkan khasiat C-nya lebih banyak daripada buah oren. Buah ini membekalkan 20% bekalan asid folik harian yang diperlukan tubuh. Buah ini tiada lemak, tiada kolestrol dan sangat kaya dengan serat. Selain dimakan begitu sahaja, buah strawberi turut diproses menjadi makanan dalam bentuk lain seperti gula-gula, jem dan aiskrim. Walaupun hidangan ini manis-manis belaka tetapi sumber khasiatnya masih terpelihara.


Sumber : RAPI

Tolong Jantung Kita


6 Makanan Elak Sakit Jantung



Penyakit jantung sebenarnya boleh dikawal menerusi pemakanan. Cuma penerangan yang tidak lengkap menjadikan penghidapnya agak sambil lewa dalam hal pemjagaan makanan.


Padahal, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan ke paras yang lebih rendah jika pengambilan makanan dikawal dengan baik. Tahukah kamu, peratus kematian wanita muda akibat penyakit jantung telah meningkat sebanyak 30% sejak tahun 1989? Nampaknya penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Disenaraikan enam jenis makanan utama yang paling berpotensi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.



  1. Ikan (boleh mengurangkan penyakit sebanyak 50%). Persatuan Jantung Amerika menyarankan agar anda memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam masa seminggu. Kajian terkini mendapati makan satu hidangan ikan dalam seminggu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung.
  2. Epal(boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 50%). Sebiji atau dua biji epal sehari juga sangat membantu. Jika anda meminum 12 auns jus epal atau makan dua biji epal sehari. Ia mampu mengurangkan paras oksida kolestrol LDL. Kajian yang dilakukan di Belanda mendapati bahan ‘phytochemicals’ yang ada pada epal berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.


  1. Walnut (boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 45%). Walnut mengandungi sejenis lemak yang dipanggil asid linolenic. Ia mampu menurunkan paras kolestrol dan menghalang pembekuan darah. Jika anda membiasakan diri dengan memakan walnut, ia mampu mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 12% dan kolestrol LDL sebanyak 16%.


  1. Minyak zaitun ( boleh mengurangkan risiko penyakit sehingga 40%) Dalam banyak-banyak minyak masak, minyak zaitun mengandungi 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolestrol LDL tanpa mengganggu HDL. Ia juga adalah sejenis antioksida yang sangat berkesan.


  1. Kekacang (boleh mengurangkan risiko penyakit hingga 30%). Satu hidangan kacang panggang mampu menurunkan paras kolestrol sebanyak 10%. Kekacang juga mengandungi sejenis kompaun yang menghalang pembekuan darah dan meningkatkan fungsi pembuluh darah. Bahkan, kekacang adalah sumber folik yang paling baik.

  1. Oat (boleh mengurangkan risiko penyakit hingga 29%) Secawan oat yang dimasak mempunyai kelebihan untuk mengurangkan paras kolestrol dalam darah. Ini kerana oat mengandungi estrak beta glucans, sejenis serat mudah larut. Paling penting, makanlah oat secara konsisten.

Sumber : RAPI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...