Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnyaLates calcarifer.
Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperticengkerik, dancacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.
Kitaran hidup
Ikan Siakap makan crustacean,moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); anak Ikan Siakap memakanzooplankton. Ikan Siakap merupakan euryhaline, tetapistenothermal. Spesies Ikan Siakap berpindah mendiami sungai dan mudik ke muara dan kuala untuk membiak. Di kawasan jauh dari air tawar populasi air masin mungkin bertapak.
Pada permulaan musim monson ikan jantan mudek ke hilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur sejumlah besar telor (jutaan setiap seekor). Ikan jantan tidak menjaga telor atau anak ikan, yang memerlukan air air payau untuk membesar.
Spesies ini merupakanhermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan kadang-kala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggiprotogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.
Sebagai Makanan
Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.
Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari diseluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar pada pengeluar Ikan Siakap Australia, kedua-dua nelayan dan penternak kerana kosnya adalah jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia. Sementara Pelebalan Negara Asal memberikan pengguna kepastian mengenai asal Ikan Siakap pada peringkat retail, tidak ada syarat bagi perkhidmatan makanan dan pekedai restoran bagi meletakkan label asal Ikan Siakap mereka. Dengan itu, pelanggan menganggap mereka makan Ikan Siakap yang ditangkap atau diternak di perairan Australia, namun sebenarnya mereka berkemungkinan besar dihidangkan Ikan Siakap yang diimport kerana harganya yang jauh lebih rendah.
Ikan Siakap merupakan ikan kegemaran bagi pemangsa puncak kawasan ini, buaya Tembaga(Crocodylus porosus), yang diketahui pernah merampasnya dari nelayan yang tidak berhati-hati.
Nile perch—a similar fish found in Lake Victoria, Africa—is often mislabeled as barramundi. It does not fall under the recommendation for U.S. farmed barramundi. The species was originally assigned to genus Holocentrus, in theberyciform familyHolocentridae.
Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di ThailandThai cuisine. Ia sering dimasak stim dengan air limau lime dan bawang putih garlic, atau digoreng bersama serailemongrass dan lain-lain cara masakan. Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, dimana ianya sering dilabelsnapper (Ikan Kerapu) atau sea-bass di dalam menu.
sedap la siakap ni..ble nk bg tiha mkn ni..hehe...
ReplyDelete